Sabtu, 28 Mac 2015

TELAGA TIUB

Sistem telaga tiub, merupakan satu cara atau sistem yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah dengan menggunakan paip PVC yang ditanam kedalam tanah dan juga  merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi. Bebagai cara boleh digunakan untuk mengerudi dan memasang paip ini. Selepas itu air dari dalam paip PVC ini dipam dengan menggunakan pam tangan atau pam elektrik melalui laluan paip getah keatas. 
 

Apa yang dipaparkan dibawah ini kerja bahagian pertama telah selesai, bahagian kedua belum dimulakan, iaitu memasang tangki air untuk menyimpan dan dan menapis air sebelum disalurkan kedalam kolam ternakan ikan.

SETELAH SELESAI KERJA-KERJA MENANAM TIUB DAN MENGOREK LUBANG SELUAS 3 KAKI DAN SEDALAM 12 KAKI. PAIP GETAH BERSAMBUNG PAIP PVC DIPASANG UNTUK MENGEPAM AIR DARI TELAGA TIUB.



Kerja-kerja pengerudian dan pembinaan telaga air bawah tanah dimulakan dengan memasukkan paip PVC kedalam lubang secara bersambung berukuran lebar 5 inci. Seterusnya  tanah dari paip PVC, dikeluarkan dengan mengunakan paip PVC berukuran lebar 1.5 inci juga cara bersambung. Pengerudian ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang mesin mengerudi dan tanpa bantuan dari orang lain. Kemudian lubang seluas 3 kaki digali disekeling paip untuk tujuan tapisan dan simpanan sementara air sedalam 12 kaki. 


Kawasan yang digali ini disebelah kanan rumah saya merupakan kawasan bekas sawah dan paya yang ditimbus untuk dijadikan kawasan perumahan, airnya berada pada paras 2 kaki dari permukaan tanah pada musim hujan dan berada diparas 7 kaki dari permukaan tanah dimusim kering. Pengalian mudah dilakukan kerana tanah dikawasan ini merupakan terdiri dari lapisan tanah gambut dan tanah liat. Pengalian dapat dilakukan sehingga 44 kaki kedalam tanah. 

Tempat yang paling sesuai selalunya di kawasan tanah liat dan di bawahnya pula terdapat lapisan pasir kerana air yang disedut seolah-olah sudah ditapis secara semula jadi.

Lubang sedalam 3 kaki dikorek bagi memudahkan untuk menanam paip pada peringkat awal.


Paip pertama sepanjang 3 kaki yang telah ditanam pada peringkat awal.  Penyambung paip digunakan untuk menyambung paip-paip ini


Tanah dimasukkan semula.


Kerja mengali dimulakan dengan mengeluarkan tanah dari dalam paip yang telah ditanam



Tanah liat yang dikeluarkan dari paip pengali.


Penutup paip PVC dan Paip getah dipasang untuk mengepam air yang bertakung didalam dan disekeliling paip untuk memudahkan kerja mengali.



Sekeliling paip digali pula lubang seluas 3 kaki bertujuan untuk menyimpan air yang keluar dari tanah


Air dipam keluar untuk memudah kerja mengorek


Tanah liat yang digali disekeliling paip yang ditanam sedalam 44 kaki.




Lubang sehingga sedalam 12 kaki telah digali



Batu dan pasir sungai dimasukkan kedalam lubang ini untuk menapis air yang keluar dari tanah kerana kualiti  yang rendah dan airnya berbau busuk dan berwarna merah yang tidak sesuai untuk diminum kerana mengandungi toksik logam. Air ini hanya digunakan untuk disalurkan ke kolam ternakan ikan dan untuk siraman pokok.


Batu dimasukkan kedalam lubang yang digali


Pasir Sungai dimasukkan pula


Pasir & batu sungai dimasukkan sehingga penuh.



Mesin Pam Elektrik yang digunakan untuk mengepam air



Kejernihan air, perbezaannya tidak ketara, sebelah kiri air dari telaga tiub dan sebelah kanan dari air paip. Gambar ini telah diambil pada 5 April 2015.

Video memaparkan air mengalir keluar dari paip yg telah dipasang.